Tuesday, July 28, 2015

Majlis Rumah Terbuka En Juzaili, pemain bola sepak Sime Darby FC di Tmn Seri Bangi (26 Julai 2015)

Terima kasih kami ucapkan kepada En Juzaili dan isteri di atas layanan yang sungguh mesra...En Juzaili mengadakan majlis rumah terbuka kepada semua rakan sepasukan beliau dan juga coach2 beliau dan juga sanak saudara beliau...

Zainal Abidin Hassan selaku jurulatih Pahang juga turut hadir di majlis ini...tapi kami tidak sempat snap gambar beliau...maaf la ye takde bukti...hehehe...

Ini jer gambar2 yang sempat kami snap masa kat rumah En Juzaili ni...

1st Photo

2nd Photo

3rd Photo

4th Photo

5th Photo


Majlis Rumah Terbuka Dato' Wan Mohamed, Bukit Jelutong, Shah Alam. (25 Julai 2015)

Assalamualaikum w.b.t,

Terlebih dahulu DAREF ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam seluruh Malaysia...rasanya masih belum terlambat lagi kan...hehehe...

Daref ingin mengucapkan terima kasih kepada En Nik Mahathir (person in charge yg berurusan dgn Daref) kerana telah memberi kepercayaan dan melanggan perkhidmatan kambing golek DAREF...

Menurut beliau, saudara beliau iaitu En Afizul Aezwan (Bob) yang telah me'rekemen'kan DAERF kepada beliau...terima kasih juga kami ucapkan kepada En Bob...Jom kita layan gambar2 kambing golek Daref di rumah terbuka Dato' Wan Mohamed ini yang bertempat di Seksyen U8, Bukit Jelutong...


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3 - Abang2 hensem beruniform Chef...

Gambar 4

Gambar 5 - Cantik kan rumah Dato' Wan Mohamed ni...

Wednesday, May 13, 2015

Majlis Aqiqah di LakeHill Villa Bangi 9 Mei 2015

Dah lama tak update blog.. Nasib baik belum bersawang lagi.. He he

Kali ni admin kongsikan Majlis Aqiqah yang diadakan baru-baru ni di Lake Hill Villa, Bangi. Ini merupakan kali pertama Encik Fandi dan Puan Salha membuat tempahan kambing golek dengan kami.. Pakej yang diambil Pakej Daref Aqiqah A iaitu 2 ekor kambing, salad & thousand island, mushroom soup dan garlic bread, black pepper sos dan mint sos..

Feedback yang diterima dari tuan rumah, Alhamdulillah sangat baik.. majlis bermula pada jam 12 tengah hari tapi seawal 2.30 petang kambing golek dan side dishes semua licinnnn.. Menurut Encik Fandi, ramai yang memuji kambing golek terutama sos black pepper yang disediakan. Gembira kami mendengarnya.. 😃

Terima kasih Encik Fandi dan Puan Salha atas kepercayaan yang diberikan.. Apa lagi jomm kita layan gambar- gambar sepanjang majlis...


Puan Salha bersama kambing yang sedang dipanggang dan sedia untuk dihidangkan...Yummmyyy..


 Antara hidangan lain di Majlis tersebut... Meriah betul dengan makanan...Alhamdulillah


Daref crew yang sedang bertungkus lumus menyiapkan hidangan kambing golek.. Uniform belum tukar lagi nampaknya...
Banyak lagi gambar-gambar lain yang akan dikongsikan... kena tunggu tuan rumah emelkan gambar-gambar tersebut kepada kami.. kami sibuk di dapur..he he.. Terima kasih ya tuan rumah atas tempahan kambing golek dari kami. Semoga berpuas hati... 

Sunday, April 26, 2015

Shah Kambing Golek @ Daref Kambing Golek??

Jangan confuse ye pelanggan-pelanggan yang dihormati semua..  

Pakej kami memang namanya Pakej Daref dan terdapat pelbagai pakej yang boleh dipilih bergantung kepada keperluan pelanggan-pelanggan kami. Pakej serendah RM850.. Murah kan.. harga tanpa GST.. :) 
Segala kenaikan harga di pasaran kami serap, dan harga pakej masih kekal sama.. Walaupun ada pakej disediakan, tapi pelanggan juga boleh request sekiranya ingin tambahan order..contohnya Ayam BBQ, sosej, beef dan sebagainya.. 

Mungkin ada yang tidak tahu, ramai di kalangan pelanggan-pelanggan Daref yang lebih mengenali kami dengan nama Shah Kambing Golek...Best in town (ayat ni memang sengaja tambah ye hihi)... Sebenarnya Encik Shah adalah founder Daref Global Resources dan berpengalaman luas dalam bidang ini.. lebih 5 tahun..dan daging kambing yang digunakan adalah fresh, berkualiti serta dijamin halal...So insyaallah, kambing dijamin sedap dan tuan/puan pasti berpuas hati...

Untuk tempahan hubungi:  
Shah:

---> 019-3237667 (iMessage/Whatsapp/Viber)



---> 012-3246423 

Majlis Aqiqah di Keramat 26 April 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Daref Kambing Golek.. Segala syukur pada Allah yang memberi rezeki. Alhamdulillah,kali ini Daref telah diberi kepercayaan menyediakan dua ekor kambing golek untuk Majlis Aqiqah di Keramat. Sebenarnya ini  merupakan kali kedua Puan Fazira menempah kambing golek dari kami.. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Harap puan dan suami berpuas hati dengan hidangan dari kami..
For info, kebanyakan pelanggan-pelanggan kami merupakan pelanggan setia dan dah pernah order lebih dari sekali.. Alhamdulillah.. 

Namun begitu, pihak kami juga amat mengalu-alukan pelanggan baru untuk merasa keenakan kambing kami...  

Crew Daref yang bertugas pada majlis ini adalah Wan dan Rahman. Tanpa crew yang bagus sukar Daref memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. So, well done crew! Seperti biasa Daref akan berkongsi gambar sepanjang majlis berlangsung dengan pengunjung blog ini..Layannnn...




 Rahman gigih membakar kambing...baik-baik jangan sampai hangit ye... hehe





Ok itu sahaja yang sempat cameraman@daref snap.. tak sempat bersama-sama crew sepanjang event kerana ada perkara lain yang perlu diselesaikan...

Sebarang pertanyaan dan tempahan..Sila hubungi.. 
Shah
---> 019-3237667 (iMessage/Whatsapp/Viber)

---> 012-3246423 

Thursday, April 23, 2015

Kambing Golek & Ayam BBQ di Jamuan Makan2 Santai PULAPOL 23 April 2015

Daref sekali lagi menerima order daripada pihak organizer Jamuan Santai Pulapol dan Pasukan Bola Sepak PDRM, Encik Kadir untuk menyediakan kambing golek untuk majlis kali ini. Tapi kali ni organizer minta tambahan order, Ayam BBQ dan kuah black pepper sebab selalu tak cukup katanya.. he he...
Menurut feedback diberikan kambing masih tak cukup, so next time akan tambah order, jadi 2 ekor kambing pulak.. Alhamdulillah.

Jom layan gambar-gambar sepanjang event dulu k...











Terima kasih Encik Kadir kerana setia meng'order' dari kami.. Semoga berpuas hati dengan servis kami.. InsyaAllah kami akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan-pelanggan kami.. 

Sebarang Pertanyaan:

Shah:
---> 019-3237667 (iMessage/Whatsapp/Viber)

---> 012-3246423 

Wednesday, April 22, 2015

Pakej Daref Kambing Golek/ Roasted Lamb



                                          Event di Klang, Selangor



                                          Majlis Aqiqah di Sg. Chincin Gombak


                            Jamuan Pasukan Ragbi Pulapol di Air Terjun Kemensah 

Pakej Kambing Golek Standard

Kami menyediakan perkhidmatan Kambing Golek / Panggang yang dipanggang secara terus di lokasi majlis anda untuk sebarang jamuan dan majlis seperti:-

--> Jamuan Hari Raya (Open House)
--> Majlis Perkahwinan
--> Majlis Pertunangan
--> Majlis Aqiqah
--> Majlis Koperat
--> Majlis Sambutan Harijadi
--> Majlis Pelancaran/Perasmian
--> Majlis Cukur Jambul
--> Majlis Kesyukuran dan etc.

Pakej-pakej Kambing Golek Terbaik Kami :

Pakej Daref Roasted A - RM 1000
************************************** 
* 1 ekor PREMIUM New Zealand LAMB Carcass (13-16kg)
* Black Pepper Sauce 
* Mushroom Sauce 
* Mint Sauce
* Thousand Island
* Mushroom Soup
* Garlic Bread
* Salad 
* Pinggan polistrin
* 2 orang pelayan beruniform
* Peralatan & set hidangan disediakan

Pakej Daref Roasted B - RM 950
************************************* 
* 1 ekor PREMIUM New Zealand LAMB Carcass (13-16kg)
* Black Pepper Sauce 
* Mushroom Sauce
* Mint Sauce
* Mushroom Soup
* Garlic Bread
* Pinggan polistrin
* 2 orang pelayan beruniform
* Peralatan & set hidangan disediakan

Pakej Daref Roasted C - RM 850
************************************* 
* 1 ekor PREMIUM New Zealand LAMB Carcass (13-16kg)
* Black Pepper Sauce 
* Mushroom Sauce
* Pinggan polistrin
* 2 orang pelayan beruniform
* Peralatan & set hidangan disediakan

************************************************************************
Sebarang Pertanyaan:

Shah:
---> 019-3237667 (iMessage/Whatsapp/Viber)


---> 012-3246423